Selasa, 4 Mei 2010

Lahir generasi berilmu, beriman

Teks Hamid Karim

KANAK-kanak prasekolah wajar dipersiapkan dengan keyakinan termasuk ilmu agama sebagai benteng pembentukan diri sebelum melangkah ke alam sekolah rendah.

Persatuan Tadika Islam Malaysia (Pertim) menyedari keperluan itu dan mengambil inisiatif menganjurkan perkhemahan tahunanKem Anak Solehkepada lebih 300 tadika Islam yang berdaftar di bawah persatuan itu.

Menurut Pengerusi Biro Latihan Pertim, Anizah Samah, bagi perkhemahan kali ketiga yang baru berakhir, seramai 150 kanak-kanak berusia enam tahun dari sekitar Lembah Klang mengikuti program dua hari itu.

Program yang berlangsung di Kem Bumi Jati Klang itu mengutamakan beberapa modul pembentukan sikap kanak-kanak termasuk penekanan dalam penggunaan warna dan objek dari sumber alam.

Pertim mempunyai objektif melahirkan kanak-kanak prasekolah yang beriman, berilmu dan bertakwa sebaik mereka melangkahkan kaki memasuki tahun satu di sekolah rendah,” kata Anizah.

Menerusi perkhemahan itu, kanak-kanak turut menjalani modul penerapan jiwa yang mendidik mereka agar sentiasa mematuhi arahan ibu bapa, guru dan menjauhi perbuatan tidak berfaedah selain sentiasa berbaik-baik dengan kawan-kawan tanpa mengira bangsa atau agama.

Paling memberi kesan ialah kerja latihan luar membabitkan modul semangat setia kawan dan kerjasama yang disediakan kepada semua peserta program seperti melukis beramai-ramai dan memperkukuh kreativiti menerusi reka bentuk objek daripada bahan buangan.

Beliau mengakui perkhemahan pada peringkat awal usia itu turut bermanfaat sebagai benteng serta membangkitkan kesedaran mencegah kanak-kanak daripada terpengaruh dengan gejala sosial apabila mereka mula menempuh alam persekolahan.

Malah beliau turut bersetuju kebanyakan peserta program itu menunjukkan peningkatan dari segi sikap dan kematangan berdasarkan beberapa ujian dan temu tanya yang dijalankan secara bersemuka.

Berdasarkan pengalaman lalu, Anizah mengakui perkhemahan serupa itu memberi banyak manfaat kepada kanak-kanak prasekolah, malah sebahagian besar mereka menunjukkan perkembangan mendadak apabila memasuki sekolah rendah.

Majlis penutup program anak soleh itu dilakukan Datuk Nahrawi Hashim, pengerusi Pertim yang juga bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bagi perkhemahan untuk kali keempat Pertim menjemput semua tadika yang berdaftar menghubungi setiausaha kehormat persatuan itu untuk menempah tempat.


©New Straits Times (M) Berhad

19. KAJIAN STATUS PENDIDIKAN PRASEKOLAH (1983)

 
     Kajian ini merupakan kajian menyeluruh ke atas pendidikan
prasekolah di Malaysia bagi jangkamasa 1982-1984 dan telah
dijalankan dengan biayaan UNICEF. Kajian ini bertujuan untuk
memberikan satu gambaran mengenai situasi pendidikan prasekolah
pada tempoh tersebut. Secara terperinci kajian ini meneliti
situasi prasekolah dari segi bilangan institusinya, agensi-
agensi terlibat dan jumlah kanak-kanak yang mengikuti pendidikan
prasekolah; pola-pola penyertaan pendidikan prasekolah dari segi
status sosial ekonomi keluarga dan lokasi sekolah; kelayakan
akademik dan ikhtisas serta pengalaman guru-guru terlibat;
struktur organisasi pendidikan prasekolah; orientasi, pendekatan
pendidikan dan penekanan kurikulum pusat-pusat pendidikan
prasekolah; aspek kemudahan fizikal, peralatan kurikulum dan
kewangan pusat-pusat pendidikan dari segi pendaftaran dan
pengawasan pusat-pusat pendidikan prasekolah.
 
     Kajian ini telah melibatkan pusat-pusat pendidikan
prasekolah yang dikelolakan oleh agensi-agensi kerajaan dan juga
swasta. Data kajian ini telah dianalisis menggunakan peratusan.
Perkara-perkarra yang telah dianalisis di antara lain ialah dari
aspek kewangan, pendapatan keluarga, penyertaan kanak-kanak
mengikut lokasi dan golongan ethnik.
 
     Kajian ini menunjukan terdapat 31 buah agensi yang
mengelolakan pusat pendidikan prasekolah. Enrolmen kanak-kanak
tadika telah meningkat dari 120,618 orang pada tahun 1979 kepada
259,711 pada tahun 1983. Penguatkuasaan keperluan Akta Pelajaran
1961 mengenai pendidikan prasekolah tidak dapat dijalankan dengan
berkesan oleh kerana kekurangan kakitangan yang terlatih untuk
menjalankan pengawasan, penyeliaan dan pengawalan terhadap
pusat-pusat pendidikan prasekolah. Kajian ini juga telah dapat
mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi  oleh agensi-agensi
penganjur dari segi organisasi dan pengurusan pendidikan
prasekolah.  
 
     Satu keadaan yang kurang memuaskan ialah wujudnya
kepelbagaian peringkat kelulusan dan kelayakan ikhtisas di
kalangan pentadbiran dan guru tadika. Kurikulum pengajaran
pembelajaran dibentuk dengan bebas setiap agensi yang terlibat
untuk memenuhi matlamat dan kehendak masing-masing. Keadaan
pengajaran dan kandungan struktur kurikulum; perbezaan juga wujud
dalam kemudahan fizikal serta peralatan kurikulum yang disediakan.
 
     Tadika-tadika kerajaan dan persatuan sukarela yang menampung
kanak-kanak dari golongan sosial ekonomi rendah menggunakan yuran
yang rendah. Tadika-tadika swasta menggunakan yuran yang tinggi
dan menampung kanak-kanak dari golongan pendapatan tinggi sahaja.

Sabtu, 10 April 2010

Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah
Mariani Md Nor, PhD Fakulti Pendidikan Universiti Malaya

Pengenalan

Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah,

tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanakkanak.

Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masingmasing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanakkanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.

Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990).

Main Dalam Kurikulum

Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang digunapakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti: i. ii. iii. iv. main yang terancang main yang berstruktur main yang fleksibel memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif

Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah, khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang menyatakan Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to appreciate the fact that problems may have multiple solutions.

Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah: i. ii. mengalakkan imaginasi memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba

iii. iv. v.

menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial membina keyakinan diri berorientasikan proses bukan hasil,

dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi. Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

Trend Ikutan Abad ke 21

Mengikut trend terkini dalam sistem pendidikan prasekolah, kanak-kanak telah menjadi topik perbualan penting terutama jika isu pendidikan ditimbulkan. Isu kanak-kanak telah menjadi fokus utama untuk segala pelakuan pihak-pihak yang tertentu baik ibu bapa maupun pembuat dasar polisi, individu perseorangan dan badan tertentu. Trend sebegini telah membawa kepada kedinamikan perancangan dan pengurusan bilik darjah prasekolah, khususnya dalam konteks di Malaysia.

Kurikulum Kebangsaan Prasekolah sering dijadikan sebagai panduan untuk proses pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Malangnya kurikulum yang menjadi garis panduan unuk proses pembelajaran kanak-kanak tidak begitu nampak ketara

penggunaannya di prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali di prasekolah Annex. Ini lah yang menjadi isu kepada ketidakseragaman amalan pengajaran pembelajaran dan kurikulum yang dipelajari oleh kanak-kanak di mana-mana prasekolah yang wujud. Maupun wujud perbezaan ini, aktiviti bermain sentiasa dianggap sesuatu yang perlu wujud tidak mengambil kira jenis tadika, bilangan guru berkelayakan dan lain-lain.

Dalam konteks di Malaysia, program pendidikan prasekolah merupakan program tidak formal untuk murid berumur antara 4 hingga 6 tahun bertujuan untuk menyediakan murid dengan kehidupan seharian dan juga persediaan menghadapi pendidikan formal sekolah rendah. Kurikulum Prasekolah ini dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai pendekatan terutama bermain sambil belajar di samping pendekatan bersepadu dan bertema serta ICT. Garis panduan yang sedemikian di dalam kurikulum prasekolah kebangsaan menampilkan satu persamaan iaitu penglibatan aktiviti menyeronokkan. Jelas sekali pendekatan yang digunapakai menunjukkan keseriusan aktiviti bermain digunakan oleh guru yang kadang kala dianggap sebagai aktiviti yang dianggap banyak membuang masa kanak-kanak oleh sesetengah pihak.

Kepentingan bermain dalam dunia pendidikan kanak-kanak khususnya di prasekolah memerlukan orang dewasa sebagai individu yang bertanggungjawab dalam kehidupan belajar kanak-kanak. Salah satu peranan penting ialah mewujudkan persekitaran yang penuh kasih sayang dan merangsang minda serta fizikal kanak-kanak. Oleh itu, adalah penting bagi kita menggunakan kemahiran yang boleh membantu kanak-kanak untuk

melaksanakan tanggungjawab kita dengan lebih baik.

Seseorang kanak-kanak itu mula menyerap maklumat sejak dia dilahirkan (Maria Montessori). Maklumat-maklumat ini sebahagian besarnya diperolehi daripada ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa bertanggunagjawab sepenuhnya dalam pembelajaran awal anak-anak mereka, dan peranan mereka sebagai guru adalah penting. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti bermain kanak-kanak boleh dihubungkaitkan dengan perkembangan intelek dan emosi kanak-kanak ( Singer, 1973; Dun and Wooding, 1977). Suatu kajian berskala kecil (Manaf, Norimah, Sharifah, Wong, 2007) yang telah dilakukan oleh sekumpulan pelajar Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak di bawah penyeliaan penulis telah membuktikan bahawa penglibatan positif ibu bapa dapat meningkatkan tahap kekreatifan minda kanak-

kanak. Begitu juga dalam kajian oleh Swadener and Hohnson (1989) yang telah membuktikan pendapat yang sama.

Kepentingan Main Dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadap pentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu sahaja.

Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main. Drama yang digunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiri yang positif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapat jawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000). “Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiences that have no right or wrong answers”

Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan ekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan pembelajaran secara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman (Heller,1996). Verriour (1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi abstrak yang bermakna.

Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah satu aktiviti bermain yang banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di bawah Komponen Kreativiti dan Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting. Bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yang banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri

serta berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping memupuk nilai estetika.

Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti bermain yang lazim dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut Wilhelm & Edminston (1998) In creative drama, children act “as if” their imagined world were an actual world and represent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than memorizing a script for an audience.

Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanak tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, & 2001). Kajian mereka menyatakan play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures, and a means by which all children practice skills they will need in later life.

Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan pentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan perkembangan yang tertentu.

Perkembangan fizikal. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini

membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak

menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).

Perkembangan sosial dan emosi Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada

pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.

Perkembangan Kognitif Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979); memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.

Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.

Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak.

Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti :



Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.



Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untuk melakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepada perubahan.



Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka.



Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan interpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi minda

terhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak.



Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecuali guru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang model pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat laun akan berkurangan.

Hala Tuju Main dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Main seperti yang telah dibincangkan di atas mempunyai peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek 3M tetapi juga dari aspek sahsiah dan tingkahlaku seseorang individu kanak-kanak. Kurikulum prasekolah kebangsaan khususnya sentiasa menggalakkan komunikasi dan imaginasi serta permainan yang dapat dan boleh menarik minat dan menggembirakan kanak-kanak. Bagaimanapun apa yang berlaku ialah walaupun kurikulum prasekolah kebangsaan sendiri mengalakkan permainan, kadangkadang terdapat tadika yang kurang memberi perhatian terhadap main.

Persoalannya adakah main tidak digunakan kerana ia membebankan kanak-kanak dan guru? Atau adakah main yang digunakan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak selepas penat membuat aktiviti akademik lain di bilik darjah? Atau adakah main digunakan sebaik mungkin di bilik darjah kerana mereka yang mengajar seharusnya peka kepada maksud kaedah main sambil belajar? Adakah main hanya sebagai mitos teori idealist atau yang memang sepatutnya digunapakai? Kesimpulannya tepuk dada tanya minda khususnya untuk kesinambungan generasi celik akal baik di sekolah maupun di tempat lain.

Rujukan Berk.L.E.& Winster, A. Eds (1995); Scaffolding Children’s Learning, Vygotskyand Early Washington George S. Morrison,(2001): Early Childhood Education Today 8th., new Jersey, Merill Prentice Hall. McCaslin, N (2000). Creative Drama in the classroom and Beyond. New York, Longman. “Garis Panduan KurikulumPendidikan Prasekolah Malaysia (1993)” Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Isenberg, J.P., & Jalongo, M. R. (2000). Creative expression and play in early children (3rd ed.) Upper Saddle River, NJ: Merrill/Prentice Hall. Hughes, F.P., Noppe, L.D., Noppe, I.C. (1988). I.C. Child Development. St. Paul, MN: West Publishing Company. Fromberg, D. P. (2002). Play and meaning in early childhood education. Boston: Allyn & Bacon. Kraus, R. (1990). Recreation and Leisure in Modern Society, Fourth Edition. New York, NY: HarperCollins College. Hughes, F. (1999). Children, play, and development (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon. National Association for the Education of Young Children. "Guidelines for Appropriate Curriculum Content and Assessment in Programmes Serving Children," Young Children, March, 1991: 21-37. Swadener, E.B. & Jonson, J.E. 91989). Play in diverse social contexts:Parent and teacher roles. In M. Bloch &A. Pellegrini (Eds). Ecological contexts of children’s play. New Cork. Ablex Wilhelm, J., & Edminston, B. (1998). Imagining to learn: Inquiry, ethics, and integration through drama. Portsmouth, NH: Heinemann. Kumar, S., & Harizuka, S. (1998). Cooperative learning-based approach and development of learning awareness and achievement in mathematics in elementary schools. Psychological Reports, 82, 587-591. Langstaff, N., & Sproul, A. (1979). Exploring with clay. Olney, MD: Association for Childhood Education International. Lieberman, J. N. (1977). Playfulness: Its relationship to imagination and creativity. New York: Academic Press. Shore, R. (1997) Rethinking the Brain: New Insights into Early Development Summary from Conference: Brain Development in Young Children: New Frontiers for Research, Policy and Practice. Families and Work Institute, New York Sylva, K., Bruner, J. S., & Genova, P. (1976). The role of play in the problem-solving of children 3-5 years old. In J. Bruner, A. Jolly, & K. Sylva (Eds.), PlayÑIts role in development and evolution. New York: Basic Books

Rubin, K. H., & Howe, N. (1986). Social play and perspective-taking. In G. Fei

Kecerdasan Pelbagai

RUJUKAN DEFINISI: http://www.cikgu.net.my & http://www.thomasarmstrong.com

SUSUNAN SEMULA: Amiene Rev


Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Kecerdasan-kecerdasan yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:

  1. Linguistic intelligence ("word smart"):

  2. Logical-mathematical intelligence ("number/reasoning smart")

  3. Spatial intelligence ("picture smart")

  4. Bodily-Kinesthetic intelligence ("body smart")

  5. Musical intelligence ("music smart")

  6. Interpersonal intelligence ("people smart")

  7. Intrapersonal intelligence ("self smart")

  8. Naturalist intelligence ("nature smart")
Berikut adalah bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh diaplikasikan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran secara hubungan berikut:

  1. PERKATAAN (linguistic intelligence)

  2. NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence)

  3. GAMBAR (spatial intelligence)

  4. MUZIK (musical intelligence)

  5. REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence)

  6. PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence)

  7. PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or

  8. PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)
1. Kecerdasan Verbal - Linguistik [authors]

Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk - keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.
Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

KERJAYA: Sasterawan: Penulis, Penyajak, Penceramah, Pensyarah dalam bidang sastera.
CONTOH: Faisal Tehrani, A. Samad Said, William Shakespeare, Rene Blanco, Sir Arthur Conan Doyle


2. Kecerdasan Logik - Matematik [scientists]

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.
Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

KERJAYA: Ahli matematik, Saintis, Jurutera, Akauntan
CONTOH: Carl Friedrich Gauss, Al-Khawarizmi, Isaac Newton


3. Kecerdasan Fizikal - Kinestatik [dancers]

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.
Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.

KERJAYA: Atlit sukan, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis.
CONTOH: Nicole David, Michael Jordan, David Beckham, Shazlin Zulkifli, Muhammad Ali, Shah Rukh Khan, Rosyam Noor, Jackie Chan


4. Kecerdasan Visual - Spatial [architects]

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.
Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

KERJAYA: Pelukis, pengukir, arkitek.
CONTOH: Hijjaz Kasturi. Minoru Yamasaki, Alexander Thomson Alexander, Pablo Picasso, Leonardo Da Vinci


5. Kecerdasan Muzikal-Ritma [musicians]

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.
Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.

KERJAYA: Komposer, penyanyi, penggubah lagu, pemain muzik.
CONTOH: Adnan Abu Hassan, Ajai, M. Nasir, Yasin, Kitaro, Beethoven, Mozart, P. Ramlee, Siti Nurhaliza, Misha Omar


6. Kecerdasan Intrapersonal [therapists]

Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri.
Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

KERJAYA: Pengarang, Penyajak, Ahli falsafah, Ahli Motivasi, Pakar Kaunseling, Ahli Psikologi
CONTOH: H.M Tuah Iskandar, Dr. Fadzilah Kamsah, Albert Ellis, Willaim Glasser, Howard Gardner, Jean Piaget

7. Kecerdasan Interpersonal [entrepreneurs]

Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.
Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

KERJAYA: Ahli politik, Peniaga, Pengacara, Usahawan
CONTOH: Donald Trump, David Letterman, Aznil Hj. Nawawi


8. Kecerdasan Naturalis [naturalists]

Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna

KERJAYA: Petani, Ahli botani, Ahli biologi, Perancang Bandar, Geologist
CONTOH: Louis Agassiz, David Starr Jordan, Edward D. Cope, Charles Darwin


Dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing. Semua tokoh di atas menempa nama dalam bidang masing-masing. Masa depan yang cerah, menjadi penyumbang utama dalam sejarah manusia, dihormati sepanjang zaman.

2.20 Pencapaian penyediaan pendidikan


Prasekolah

• Bilangan sekolah KPM yang menawarkan prasekolah bertambah 2,156 (190.6%) daripada 1,131 pada tahun 1992 kepada 3,287 pada tahun 2005.
• Enrolmen bertambah 259.1 peratus, daripada 26,000 pada tahun 1992 kepada 93,376 pada tahun 2005.
• Bilangan kelas prasekolah yang disediakan oleh KEMAS adalah sebanyak 8,307, Jabatan Perpaduan Negara 1,500 kelas, Jabatan Agama Islam Negeri 962 kelas, ABIM 788 kelas dan pihak swasta 11,000 kelas.
• Bagi memastikan kualiti prasekolah yang disediakan, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan diperkenalkan pada tahun 2003 dan diwajibkan penggunaannya di semua prasekolah KPM dan swasta.

sumber daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

Pendidikan Prasekolah

Pengenalan

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah Bertujuan Untuk Menyuburkan Potensi Murid Dalam Semua Aspek Perkembangan, Menguasai Kemahiran Asas Dan Memupuk Sikap Positif Sebagai Persediaan Masuk Ke Sekolah Rendah.


OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH
  • Mempunyai Sifat Peribadi, Perwatakan Dan Konsep Diri Yang Positif Untuk Menjadi Warganegara Yang Patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu Dengan Betul Dan Memperkembangkan Kemahiran Berbahasa Dan Berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris Dalam Kehidupan Seharian Selaras Dengan Kedudukannya Sebagai Bahasa Kedua,
  • Mengamalkan Nilai-nilai Murni Dalam Kehidupan Seharian Berasaskan Ajaran Agama,
  • Mempunyai Kemahiran Kognitif Untuk Berfikir Dan Menyelesaikan Masalah,
  • Mempunyai Kematangan Emosi Dan Kemahiran Sosial,
  • Mempratikkan Amalan Kesihatan Dan Keselamatan Yang Baik,
  • Mempunyai Daya Kreativiti Dan Estetika Untuk Menghargai Keindahan Alam Dan Warisan Budaya.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan Pendidikan Yang Tidak Formal Dan Fleksibel. Kaedah Pembelajaran Dan Pengajarannya Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain. Aktiviti Yang Dirancang Menitik Beratkan Perkembangan Kanak-kanak Secara Menyeluruh, Bersepadu Dan Seimbang. Di Samping Menekankan Aktiviti Yang Boleh Merangsang Naluri Ingin Tahu, Mengukuhkan Kordinasi Motor Kasar Dan Halus, Menggunakan Daya Kreatif, Memupuk Semangat Bekerjasama, Sifat Hormat-menghormati Dan Berdisplin Bagi Menyediakan Mereka Mengikuti Pembelajaran Dan Pengajaran Yang Lebih Formal Di Sekolah Rendah.


VISI

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"


MISI

Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan Yang Bertaraf Dunia Bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya Dan Memenuhi Aspirasi Negara.


LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

18 DISEMBER 1991
Mesyuarat Jemaah Menteri Mengarahkan KPM Melaksanakan Program Prasekolah.

Sebanyak 1,131 Buah Kelas Prasekolah Telah Dibuka Termasuk 26 Buah Di Maktab Perguruan.

AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
Pendidikan Prasekolah Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

6 JUN 2001
Mesyuarat Jemaah Menteri Bersetuju KPM Melaksanakan Peluasan Program Prasekolah


BILANGAN KELAS PRASEKOLAH

Sehingga 31 Januari 2007 Sebanyak 5852 Buah Kelas Telah Dibuka Di Bawah KPM.


MAKLUMAT GURU PRASEKOLAH

Guru-guru Prasekolah Di Bawah KPM Adalah Terdiri Daripada;

1. Guru Lepasan Diploma

2. Guru Siswazah

BIL. Negeri Kelas
1 PERLIS 63
2 KEDAH 458
3 P. PINANG 205
4 PERAK 624
5 SELANGOR 495
6 W.P K. LUMPUR 100
7 NEGERI SEMBILAN 227
8 MELAKA 163
9 JOHOR 684
10 PAHANG 518
11 TERENGGANU 355
12 KELANTAN 475
13 SARAWAK 833
14 SABAH 621
15 W.P. LABUAN 19
16 PUTRAJAYA 12
17 JUMLAH 5852
*Termasuk Di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Dan Institut Perguruan.


MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1. 27 Buah Kelas Prasekolah Terdapat Di Institut Perguruan.
2. 28 Buah Kelas Prasekolah Di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas.
3. 93 Buah Kelas Prasekolah Program Integrasi Pendidikan Khas.
4. Seorang Pembantu Pengurusan Murid (N17) Ditempatkan Di Kelas Prasekolah Bagi Membantu Guru Prasekolah.


MAKLUMAT MURID PRASEKOLAH KPM
(Seperti Pada 31 Januari 2007)


BILANGAN MURID MENGIKUT NEGERI

BIL. NEGERI MURID
1 PERLIS 1280
2 KEDAH 9297
3 P. PINANG 4162
4 PERAK 12667
5 SELANGOR 10049
6 W.P K. LUMPUR 2030
7 NEGERI SEMBILAN 4608
8 MELAKA 3309
9 JOHOR 13886
10 PAHANG 10512
11 TERENGGANU 7207
12 KELANTAN 9643
13 SARAWAK 16873
14 SABAH 12542
15 W.P. LABUAN 386
16 PUTRAJAYA 234

JUMLAH 118686
*Tidak Termasuk Di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Dan Institut Perguruan.

sumber daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

Selasa, 23 Februari 2010

Teknik Mengingat Semula Prasekolah

HAFAL KONSEP


• Kanak-kanak prasekolah lazimnya
diajar mengikut tema yang telah disediakan oleh guru.


• Oleh itu,pada peringkat awal, kanak-kanak boleh menghafal konsep mengenai perkara yang diajar.

• Contohnya, dalam aktiviti mengenal
nombor. Kanak-kanak boleh mengingat bagaimana bentuk setiap nombor tersebut.